Friday, August 13, 2010

balik kampung

        balik kampung
        Oooo balik kampung
        hati riang

        perjalanan jauh tak ku rasa
        kerna hati ku melonjak sama
        ingin berjumpa
        sanak saudara
        yang selalu bermain di mata
       
        nun menghijau
        ladang dan rimba
        langit yang tinggi
        bertambah birunya
        desir angin turut sama berlagu

        menyambut kepulangan ku nanti.


Thursday, August 12, 2010

kelebihan reflex

        Kemudian, cara pengubatan ini tersebar ke Amerika dan negara-negara Asia yang lain. Di Taiwan khususnya, pengubatan dengan cara mengurut daerah refleksi kaki ini sangat diminati dan sudah tidak asing lagi bagi rakyat negara itu.


        Salah satu keistimewaan pengubatan dengan cara urut refleksi ini adalah "selamat dan mudah", sebab tidak perlu memakan sebarang ubat dan tidak ada yang ditusukkan ke dalam tubuh. Hanya sahaja agak sakit sedikit ketika diurut. Kelebihannya yang lain, ialah boleh dilakaukan kepada orang yang sudah tua atau yang masih bayi.

Reflexologi

          Manusia pasti pernah terkena penyakit. Sejak kecil manusia sudah mengenal erti sakit, sehinggalah menjelang ajalnya, ia selalu dibayangi oleh berbagai-bagai penyakit. Untuk mengatasi suatu penyakit, manusia
telah mencuba berbagai-bagai cara pengubatan.

          Walaupun ilmu perubatan maju dengan pesatnya, namun masih tetap ada penyakit yang belum dapat dikesan penyebabnya dan belum diketahui apa ubatnya. Tambahan pula, sesetgh penyakit memerlukan biaya yg besar utk menyembuhkannya. Kerana itu, tidak semua orang sanggup pergi mendapatkan rawatan tersebut.

          Anehnya, orang dulu-dulu ternyata tidak boleh dianggap lebih bodoh berbanding dengan orang sekarang. Hal ini terbukti dengan kebolehan mereka menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit dengan rawatan tradisional.

         Umpamanya, dengan cara minum jamu, tusuk jarum dll. Bahkan,mereka terkadang hanya menggunakan daun-daunan atau akar tumbuh2an, tapi penyakit yang mereka derita boleh sembuh. Cara mereka yang seperti tidak memerlukan biaya yang mahal.

         Salah satu daripada pengubatan tradisional yang sering mereka gunakan dan hasilnya sangat mengagumkan ialah dengan cara mengurut daerah refleksi yang terdapat di sekitar kaki orang yang mengidap suatu penyakit.

         Pengubatan ini sudah ribuan tahun diamalkan di Tiongkok. Kerana org Tionghoa sememangnya terkenal dengan sikaf suka menyimpan rahsia apa sahaja.,maka ilmu pengubatan ini tidak berkembang seperti ilmu-ilmu perubatan yang lain.

        
             Lebih kurang lima puluh tahun yang lalu, pengetahuan ini diperolehi oleh seorang berbangsa Swiss yang bernama Hedi Masafret. Kemudian, ia mengamalkan dan mengembangkan sebagai perawtan terhadap pesakitnya.

         Maka di Kota Stoss ia dirikan sebuah poliklinik yang diberi nama " Center For Fitness Training", di tempat inilah ribuan orang telah disembuhkan dengan cara pengurutan daerah refleksi.


Saturday, August 7, 2010

Pais ikan tempoyak

     Bahan2:
 
                1 ekor ikan patin dll(ikan sungai) yang besar.
                1/2 inci kunyit hidup
                7 biji cili api merah
                1 tangkai cili merah besar
                3 sudu tempoyak
                3 ulas bawang putih
                garam, gula dan bahan perisa secukup rasa.
                beberapa helai daun kunyit.

     Cara2 memasak:
         
  1. Kelas ikan dengan limau nipis/garam untuk membuang hanyirnya.
  2. Mesin/tumbuk mengunakan lesung batu semua bahan tadi dan campurkan.
  3. Panaskan air ke dalam pengukus sehingga mendidih.
  4. Lumur ikan tadi dengan bahan2 tersebut.
  5. Bungkus ikan dengan daun kunyit tersebut 2 lapis.
  6. Masukkkan ke dalam pengukus dan kukus hingga masak.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Kerabu pucuk paku

      Bahan2:
                 100 gram taugeh
                 1 ikat pucuk paku yang bagus
                 150 gram kerang yang telah dibuang kulit
                 150 gram perut muda yang telah direbus lembut
                 1 biji kelapa parut, 1/2 dibuat santan pekat dan 1/2 dibuat kerisik
                 3 biji bawang merah kecil,dimayang nipis.
                 3/4 inci belacan yang dibakar.
                 garam dan bahan perisa secukup rasa.
                 7 biji lada hitam yang ditumbuk lumat.
      Cara2 memasak:

  1. Patah2kan pucuk paku.
  2. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih, celurkan pucuk paku, kemudian taugeh dan kerang, toskan.
  3. Potong memanjang dan agak nipis perut muda itu, kemudian celur sekali lagi dan ditoskan.
  4. Masukkan kesemua bahan2 tadi ke dalam bekas dan curah santan pekat.
  5. Campurkan kerisik,lada hitam dan  belacan yang telah ditumbuk lumat.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan bahan perisa secukup rasa. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Sambal goreng belimbing rebus

     Bahan2:

                7 biji belimbing buluh yang sudah direbus dan diawekkan dengan sedikit garam.
                150 gram ikan bilis
                10 biji cili api merah
                3 biji bawang merah kecil
                2 ulas bawang putih
                garam secukup rasa

     Cara2 memasak:

  1. Tumbuk cili merah menggunakan lesung batu sehingga lumat.
  2. Masukkan ikan bilis tumbuk separuh hancur.
  3. Masukkan pula belimbing rebus tadi dan ditumbuk sama.
  4. Mayang bawang kecil merah dan bawang putih,pijarkan ke dalam minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi , tambah sedikit air, agak kering boleh lah di hidangkan,makan bersama nasi yang panas.