Wednesday, August 4, 2010

Resipi Kuih Badok Berkubang.

Bahan:
  • Sekampit beras pulut cap gajah
  • air sehingga boleh diuli
  • gula kabong/melaka
  • santan 2 biji kelapa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 cubit tepung beras

Cara-cara nak masak:
  1. Masukkan air ke dalam tepung beras sehingga boleh dikepal dengan cantik.
  2. Potong gula kabung/melaka dadu.
  3. Gentel adunan tepung menjadi bulat dan masukkan gula kabong/melaka tadi ke dalam bulatan tersebut. (haha, paham ke aok?)
  4. Masukkan adunan yang bulat tadi ke dalam leko/pinggan kaca.
  5. Masukkan dalam pengukus, air kukus bior panas dulu ya.
  6. Sambil tu, peghoh santan untuk pekat sahaja, campur dengan garam dan gula secukup rasa serta 2 cubit tepung beras tadi.
  7. Curahkan santan tadi ke dalam leko/pinggan kaca tadi sehingga jangan menutupi permukaan atas adunan bulat tadi.
  8. Kukus selama 15 minit, dan sedia untuk dihidang. Adunan untuk 5++ pinggan kecil.
 Gini lah paras santan dalam leko/ pinggan kaca tu ya.

1 comment:

AnAk iBu said...

wawawawa!
ibu..nak nak! hihi!