Wednesday, August 4, 2010

Peringkat Diploma

Diploma Kejuruteraan Letrik & Elektronik

  • Merupakan kursus yang berkaitan dengan ilmu elektrik dan elektronik. 
  • Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai pembantu teknik dalam bidang industri pembuatan elektronik, penjanaan elektrik serta industri perkhidmatan elektrik.
  • Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di universiti-universiti tempatan atau luar negeri.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal 
  • Merupakan kursus yang berkaitan dengan asas mekanik.
  • Peluang pekerjaan adalah luas kerana kandungan kursusnya dan lulusan berpeluang menceburi kerjaya dalam industri kejuruteraan dan pembuatan. 
  • Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di universiti-universiti tempatan atau luar negeri.

Diploma Kejuruteraan Awam 
  • Merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan. 
  • Peluang pekerjaan adalah luas di mana lulusan dapat ditempatkan di industri pembinaan atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik.
  • Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di universiti-universiti tempatan atau luar negeri.

Syarat kemasukan :
  • SPM/O-Level/STPM/A-level/SM3/UEC/Sijil/Diploma Setara.
  • SPM 2 kredit termasuk Matematik,Sains(termasuk Ukurbahan dll),1 kredit lain-lain dan lulus Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris.
    
Tempoh Pengajian :
  • 2 hingga 2 tahun setengah.

Catatan:
  • Bagi Diploma Multimedia Design dan Visual Art, kelayakan masuk adalah 3 kredit TANPA Matematik dan lulus Bahasa Inggeris.
  • Bagi Diploma Information Technology, kelayakan masuk adalah 3 kredit TANPA Matematik, tetapi mestilah kredit Bahasa Inggeris.
  • Bagi Diploma Business Administration, kelayakan masuk adalah 3 kredit termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris.

    No comments: